PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT SMKJJ

Latar Belakang Biodata Ketua Panitia Biodata Ahli Panitia Sistem Komputer Rangkaian Dan Telekomunikasi Foto Makmal The Computer Chronicles

Latar Belakang

Sekolah Menengah Jelapang Jaya, Ipoh adalah salah sebuah daripada 39 buah sekolah di Perak yang menawarkan matapelajaran ICT di peringkat SPM.

Apabila matapelajaran ini diperkenalkan pada tahun 2003, maka tertubuhlah Panitia Teknolgi Maklumat. Pada awal penubuhannya, ia diketuai oleh Encik Padli bin Saed. Pada tahun 2006, En Shahrul Hisham bin Sabri mengambil alih jawatan tersebut hingga kini, apabila En Padli bertukar ke PPD Kinta.

Penawaran matapelajaran ICT adalah terhad kepada pelajar yang berminat dan mempunyai kesungguhan dalam mendalami ilmu ICT ini. Ini kerana tiada sebarang buku teks, nota ringkas atau buku-buku rujukan yang khusus disediakan untuk matapelajaran ICT.

Sejak tahun 2003, kelas yang mengambim matapelajaran ini ialah kelas 4L, 4A, 5L dan 5A, dan mulai tahun 2007, hanya kelas 4A, 4P, 5A dan 5L.

 

**********************************

Bidang Tugas Panitia

Panitia IT mempunyai bidang tugas yang besar, tidak hanya terlibat dalam urusan matapelajaran ICT sahaja.  Panitia ini dianggotai oleh guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang ICT dan kepakaran dalam aspek pengkomputeran.

Guru ICT menjadi pakar rujuk jika ada permasalahan yang melibatkan komputer atau laptop. Guru-guru PPSMI dan juga guru-guru yang mempunyai laptop peribadi turut menjadikan guru ICT sebagai tempat bertanya jika mempunyai kemusykilan tentang peralatan mereka.

Makmal ICT juga menjadi tempat rujukan kepada para pelajar yang ingin mendapatkan bahan dari Internet. Dengan akses Internet, pelbagai tugasan dapat diselesaikan dengan mudah. Selain itu, makmal ICT juga menjadi tempat ceramah dan bengkel Kursus Perkembangan Staf ke-2 dan ke-3.

Dalam Perkembangan Staf ke-2 baru-baru ini, para guru didedahkan dengan bengkel menggunakan Movie Maker, manakala Perkembangan Staf yang ke-3 yang akan diadakan kelak akan memperkenalkan kepada para guru tentang pembinaan laman web panitia.

Guru ICT juga diperlukan dalam kebanyakan  acara atau majlis, terutama sekali dalam penyediaan "persembahan power point". Antara majlis yang telah terlibat ialah 

1. Perasmian Kempen Anti Buli peringkat Negeri Perak di SMK Gunung Rapat, yang dilancarkan oleh Datuk Pengarah Pelajaran Perak.

2. Perasmian Kempen Anti Buli peringkat Sekolah

3. Majlis Malam Amal Titian Kasih 

4. Sesi perkenalan profil sekolah kepada para pelawat

 

Selain itu, Panitia IT juga menyertai pelbagai program dan pertandingan yang melibatkan ICT. Antaranya ialah :

1.  Pertandingan Video In Education

2.  Pertandingan Montage

3.  Pertandingan Anak Perak Java Programming

 

 

 

Jawatankuasa Panitia

Panitia Teknologi Maklumat hanya dianggotai oleh dua orang guru sahaja. Walau bagaimanapun, guru-guru praktikum pengkhususan teknologi maklumat yang menjalani latihan mengajar di SMKJJ, akan menganggotai jawatankuasa panitia ini.

 

Jawatankuasa Panitia TM 2007

Ketua : En Shahrul Hisham

Setiausaha : En Shahrul Hisham

AJK : En Shahrul Hisham

: Puan Chong Meng Hong

: Cik Asfa Irwani ( guru pelatih )